| Hargailah Mereka Yang Bernama Isteri |
|
|
|
| Thursday, 06 March 2008 00:34 |
|
Tips-tips berikut adalah untuk
pasangan suami isteri yang telah sah dinikahkan. Namun begitu, ianya juga sesuai
bagi pasangan yang belum mendirikan rumahtangga sebagai panduan apabila
mendirikan rumahtangga kelak.
Mereka adalah kaum wanita yang penuh
dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara
yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka
tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering
ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
Suami isteri perlu sering
bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka.
Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking' . Kemudian, berbincanglah
tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri
tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip'
pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat
mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak
langsung.
Jangan lokek memberi pujian
kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk
menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar
isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima
pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian
tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.
Menganggap
pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi
dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan
suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu
bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan
pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana jua anda pergi potret
wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan
menjadi bahagia.
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan
pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.
Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika
dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup
sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung sempena meraikan hari lahir . Jika
'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.
Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda
sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang
selama ini".
Bukan semua hajat isteri boleh
dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih
jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum
memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk
masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda
berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami
yang amat menghargai pengorbanan isteri.
Suami perlu turun padang membantu
isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan
mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak
makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur.
Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan
yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
Kebanyakan suami menganggap
bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal
dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib
melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita
berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami
dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai
wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah
suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang
dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan
situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat
peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun
Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi
setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.
Cuba anda tanya diri sendiri
bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah
begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya
dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu.
Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 884 Comments (3)
![]()
...
moga bakal suami tasha memenuhi segala kriteria di atas... amin... |






