|

NAMA SYARIKAT : UNIC ENTERTAINMENT (001759481-U)
LOKASI : B-17-1B Jalan Prima Saujana, 2/A Taman Prima Saujana, 43000 Kajang Selangor Darul Ehsan
LATAR BELAKANG SYARIKAT
UNIC Entertainment (001759481-U) telah didaftarkan secara rasmi pada 17 April 2008. Ia merupakan sebuah syarikat yang di tubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1956 dan beroperasi di alamat B-17-1B Jalan Prima Saujana, 2/A Taman Prima Saujana, 43000 Kajang Selangor.
UNIC Entertainment bermula dengan pelbagai jenis perkhidmatan pengurusan seperti Pengurusan Persembahan, Pengurusan Majlis, Kursus Motivasi. Bermula 1 Julai 2008, UNIC Entertainment telah melangkah setapak untuk menceburkan diri dalam bidang Penerbitan Album, Penerbitan Lagu dan Lirik, Perkhidmatan Produser, Sewaan Sistem Suara dan Lampu, Kelas Vokal dan Nyanyian, Perkhidmatan Pengacara Majlis, Perkhidmatan Merchandise, Perkhidmatan Pembinaan Laman Web dan Perkhidmatan Komuniti.
UNIC Entertainment turut menawarkan beberapa tawaran menarik kepada setiap pelanggan kami dengan diskaun hebat dari perkhidmatan dan barangan terpilih. Kami juga membuka peluang kepada semua untuk menceburi peluang perniagaan bersama kami sebagai agen atau wakil jualan ataupun pelanggan tetap.
Kini, UNIC Entertainment telah tekad untuk mengorak langkah dengan mengeluarkan produk sendiri dengan label UNIC Collection. Produk keluaran UNIC Entertainment adalah tertumpu kepada cenderahati seperti Rantai Kunci, Mug, T-Shirt, Tag, Alat Tulis dan sebagainya. Disamping itu UNIC Entertainment telah membina sebuah lagi kumpulan sokongan dibawahnya yang menumpukan pada pembangunan sosial, team building dan khidmat masyarakat iaitu SahabatUNIC. UNIC Entertainment kini dalam perancangan jangka panjang untuk melebarkan skop perniagaan dengan menceburkan diri dalam Food Industries.
MISI & VISI
UNIC Entertainment bertekad untuk muncul sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan Islamik yang terbaik dan juga sebagai perunding profesional serta pengendali latihan utama yang diiktiraf. Berazam menjadi salah satu syarikat penerbitan lagu-lagu nasyid yang dapat melahirkan lebih ramai pendakwah dalam mewujudkan generasi yang ampuh dan mampu membawa cabaran di masa hadapan.
OBJEKTIF SYARIKAT
- Menawarkan perkhidmatan profesional dan berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.
- Membantu merealisasikan pembangunan modal insan dalam negara.
- Meluaskan lagi empayar industri nasyid tanahair disamping melebarkan lagi misi dakwah Islamiah ke peringkat yang lebih luas dan global
- Memupuk minat para belia terhadap hiburan mendidik jiwa.
- Menjadi pemangkin pengeluar barangan berteraskan Islam mengetuai belia-belia Islam dunia.
 |