Utama / Artikel / Islamik / Lantaran Satu Alif Sahaja
Lantaran Satu Alif Sahaja PDF Print E-mail
tukang.kepo
Syed Mohd Azlan bin Syed Amirruddin / Tuesday, 20 January 2009 22:25

Seperti telah sama-sama kita ma’lumi bahawa Imam Nawawi rah.a. adalah seorang tokoh yang terkemuka dalam kelompok Mazhab Syaafi’ii.

Di sini dipetik sedikit keterangan atau kenyataan beliau rah.a. tentang solat tentang sah-batalnya solat. Semoga dengan penjelasan beliau ini semangat dan usaha kita untuk terus memperbaiki mutu solat kita (menerusi ta’liim dan muzaakarah mithalnya) meningkat.

Berikut adalah kenyataan beliau rah.a. di dalam kitabnya AL-AZKAAR, Maktabah Al-Ghazaali, P.O.BOX 448, Damsyiq. iaitu pada halaman 74:

Mafhumnya : Barangsiapa (di dalam solatnya) bertakbiir (iaitu membaca ALLAAHU AKBAR) dengan lafaz ALLAAHU AKBAAR maka TELAH TIDAK SAHLAH solatnya iaitu batallah solatnya). Begitulah penerangan beliau rah.a. Iaitu orang yang bersolat/bertakbiir itu telah menambah satu huruf ALIF di antara huruf BA’ dan huruf RA’ sehinggalah bertukarlah ALLAAHU AKBAR menjadi ALLAAHU AKBAAR !! Iaitu BAR menjadi BAAR !! Dari segi ma’na pun telah berubah: ALAAHU AKBAR maknanya kira-kira ALLAAH MAHA BESAR dan ALAAHU AKBAAR maknanya kira-kira ALLAAH ITU GENDANG BESAR.

Kalau dengan sengaja kita mengatakan (sama ada di dalam sembahyang atau di luar sembahyang) ALAAHU AKBAAR nescaya kita jatuh syirik. Kalau tanpa sengaja kita mengatakannya di dalam solat kerana tidak belajar (atau tidak bermuzaakarah) tidak sahlah solat kita itu !!

Betapa sempurna pun qiyaam/berdiri seseorang di dalam solat, betapa sempurna pun rukuu’ seseorang di dalam solat, betapa sempurna pun i’tidaal seseorang di dalam solat, begitu pun betapa sempurnanya bahagian-bahagian lain di dalam solat tetapi kalau bertakbiir dengan lafaz ALAAHU AKBAAR maka tidak sahlah solatnya, maka batallah solatnya itu.

HANYA LANTARAN DITAMBAH SATU ALIF SAHAJA di dalam lafaz takbiir maka tidak sahlah solatnya itu !!! Bayangkan andaikata si yg bersolat itu telah bersolat dengan takbiir yang sedemikian rupa selama 60 tahun atau 40 tahun yang lalu!! ALANGKAH MALANGNYA SI FULAN ITU… ..!! Begitulah perlunya kita setiap masa dan ketika BERMUZAAKARAH mengenai perkara-perkara yang meyempurnakan solat kita, perkara-perkara yg membatalkan solat kita dan sebagainya..

Kalau solat kita adalah seperti kain buruk yang dilemparkan ke muka kita sendiri, alangkah tersangat ruginya hidup kita ini… !! Ma’af jua dipinta. Semoga peringatan yang sedikit ini menyentuh perasaan kita ke arah memperkemaskan mutu solat kita. Semoga kita sama2 mengambil i’tibaar… .

Wallaahu a’lam.

Comments (6)Add Comment
1048
Rahimah bt. Abdul Hamid
January 20, 2009
60.53.108.201
Votes: +0
...

salam nasib baik ada tulis artikalni xdale org wat silap lg...bagus smilies/smiley.gif

1001
muhammad sarmidi bin samsudin
February 03, 2009
203.82.91.34
Votes: +0
...

salam...terima kasih kepada sahabat yang sudi berkongsi artikal ini.dengan adenye artikal yang sebergini dapatlah kita menilai dan perbaiki perkataan dan perbuatan kita dalam solat.andainya sebelum ini perbuatan kita dan perkataan kita dalam solat adalah salah sebelum ini.diharapkan ada lagi artikal2 seperti ini untuk dikongsi bersama... smilies/wink.gif

1462
Siti Nurjafiqah Bt Mohd Jamal
February 13, 2009
60.50.226.121
Votes: +0
...

Alhamdulillah....nasib baik ada artikel ni...
bolehla kte sme2 memperbaiki solat kte..

62
Syed Mohd Azlan bin Syed Amirruddin
February 13, 2009
202.75.4.131
Votes: +0
...

mmg betul tuh...
kdg2 kite nih lalai dgn bacaan..
kesempurnaan sOlat tuh juga dikira dari bacaan jugak..
kalO fatihah pun dah terpeleOt..susah la..

1711
budiee
April 11, 2009
203.82.91.34
Votes: +0
...

tula pentingnya blajar...smilies/wink.gif

2077
f y r u z z
July 17, 2009
115.132.27.198
Votes: +0
...

rasa2 sy takde lg la memanjangkan AKBAAR....

insya-Allah... x de kot..

Write comment
 
  smaller | bigger
 

busy
Last Updated on Friday, 15 May 2009 18:02