| Bangunan Sultan Abdul Samad |
|
|
|
| Sunday, 12 April 2009 21:51 |
|
Bangunan ini telah direka oleh arkitek berbangsa British, A. C. Norman dan A. B. Hubbock yang pada waktu itu bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun 1894. Batu asas pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Charles Mitchell pada 6 Oktober 1894. Bangunan ini siap dan dirasmikan pada tahun 1897 oleh Residen British, Sir Frank Swettenham.
Nama
Bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan Negeri Selangor
pada masa itu. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di lokasi strategik
bandaraya Kuala Lumpur iaitu berhadapan dengan Padang Kelab Selangor
dan persimpangan jalan-jalan penting seperti Jalan Tun Perak, Jalan
Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 1162 Comments (2)
![]() |







