In: media| ndlalagroup
20 Jul 2009
LEBIH 800 peserta di negeri ini yang bercita-cita menjadi jutawan tidak melepaskan peluang apabila hadir pada majlis pelancaran Program Usahawan e-Dagang Bersama ND Lala di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka, minggu lalu.
Majlis pelancaran yang mendapat sambutan hangat disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Md Yunos Husin, mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Selain mendengar ceramah ND Lala, peserta turut dihiburkan dengan persembahan oleh trio Kopratasa. Dalam teks ucapannya, Mohd Ali berkata, setiap perkara yang dilakukan golongan artis mempunyai pengaruh dan ikutan yang tersendiri kepada peminatnya.
Justeru itu katanya, langkah ND Lala bersama barisan selebriti yang lain memperkenalkan perniagaan siber seperti e-dagang diharap mampu meningkatkan ekonomi peminat khususnya di bumi Hang Tuah.
“Jika seseorang penyanyi serta pelakon mempunyai azam serta karisma hebat sehingga mampu menjadi jutawan tentu ia boleh dijadikan contoh kepada masyarakat.
“Idea ND Lala bergabung bersama barisan artis terkenal tanah air adalah satu langkah yang bijak,” katanya.
Sementara itu, ND Lala berkata, sesiapa saja berpeluang menjadi jutawan jika mereka mahu melakukan serta membuat keputusan betul dengan menceburi e-dagang.
“Selepas menceburkan diri dalam perniagaan ini sejak tiga tahun lalu, kini saya berasa bersyukur kerana sudah bergelar jutawan,” katanya.
ND Lala turut memberitahu 30 artis sudah menceburi bidang perniagaan e-Dagang di bawah tajaannya.
Kepada peminat yang ingin mengubah kehidupan seperti mereka, boleh hubungi 017-6043405 (Azlan) untuk mendengar taklimat di Setapak, Kuala Lumpur atau Ayer Keroh, Melaka.