Kejayaan Itu Bermula Dari Angan2

In: Motivasi| ndlalagroup

19 Oct 2009

TAU7 Kejayaan Itu Bermula Dari Angan2

Tanggal 17 September 2009 yang lalu, genaplah 106 tahun sejak pertama kali kapal terbang pertama ciptaan pasangan kembar Orville dan Wilbur Wright berlegar di ruang angkasa. Sebelum tarikh keramat tersebut, siapa sangka manusia mampu terbang bebas di angkasaraya persis kawanan burung di langit biru. Namun sedarkah kita pencapaian besar dalam sejarah teknologi dunia ini bertitik tolak dari angan-angan pasangan kembar tersebut ketika dihadiahkan permainan berbentuk helikopter oleh bapa mereka ketika hanya berusia 2 tahun.






Dan kapal terbang hanyalah salah satu contoh dari ribuan malah jutaan ciptaan hebat alaf ini yang hanya bermula dengan secebis angan-angan. Lantas, tiada suatu apa pun yang sepatutnya menghalang kita untuk berangan-angan mengapai sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini.

Sebagai seorang pekerja, apa salahnya kita meletakkan angan-angan untuk menjadi pekerja terbaik dalam jurusan masing-masing dalam masa yang sama menjunjung tinggi etika syarikat. Malah berjaya menjadi sanjungan dan rujukan dalam bidang kemahiran tertentu dan mendidik ahli-ahli yang lain demi perkembangan karier mereka.

Sebagai seorang ketua keluarga di rumah, mungkin angan-angan kita adalah untuk mendidik dan membentuk suasana penuh kasih sayang dan persekitaran serba islamik di rumah. Juga mendidik isteri dan anak-anak ke arah memahami, menghayati dan mengamalkan Islam dalam segenap aspek kehidupan.

Sebagai seorang ahli masyarakat, berangan-anganlah untuk mengesani masyarakat dengan cara menyumbang ke arah kebajikan umum, prihatin terhadap masalah setempat, bersama-sama dalam aktiviti-aktiviti kejiranan serta menjadi qudwah ikutan kepada generasi muda mudi setempat.

Sebagai seorang hamba pula, angan-angan kita sepatutnya untuk menjadi hamba yang taat serta komited dengan amal-amal wajib, menambah nilai ibadah dengan pelbagai amalan sunat, mengajak taulan terdekat kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, menyebarkan risalah Islam serta membina hubungan yang akrab dengan Pencipta.

Dan berangan-anganlah untuk menjadi semua itu pada masa yang sama!

Ya, memang tidak ada yang mustahil untuk dicapai. Sebagaimana tiada siapa yang terfikir ratusan tahun dahulu bahawa manusia akan mampu terbang bebas di angkasa menaiki jentera besar lagi berat bernama kapal terbang. Maka apa yang menjadi penghalang untuk anda menjadi susuk individu dengan karakter yang disebut di atas dalam masa 10 tahun akan datang?

Benar, bukan semua angan-angan akan mencerna kejayaan, namun percayalah setiap pencapaian hebat dalam ketamadunan manusia bermula dengan angan-angan. Walaubagaimanapun, angan-angan sahaja tidak akan mampu membawa kita ke mana-mana. Apa yang lebih penting ialah usaha yang tidak mengenal putus asa serta komitmen dan disiplin demi mengejar angan-angan tersebut.

Mungkin masih ada tidak mengetahui pasangan kembar Wright tidak berkahwin sehingga ke akhir hayat mereka kerana terlalu sibuk dan bersungguh-sungguh merealisasikan harapan untuk membangunkan teknologi penerbangan demi kemaslahatan manusia sejagat!

Sebab itulah tidak kira apa yang orang lain nak kata kenapa selalu hanya kita bergambar disebelah kereta orang lain..itu ANGAN2 saya!! Jadikan itu sebagai permulaaan suatu kejayaan..

Ingat, Kegagalan itu adalah SUKSES yang TERTUNDA!! (Y)

Azlan +6017-6043405

Share and Enjoy:
  • Sphinn
  • MySpace
  • Technorati
  • Print
  • Reddit
  • Twitthis
  • MyShare
  • Netvouz
  • NuJIJ
  • PDF
  • Propeller
  • RSS
  • Segnalo
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Upnews
  • Webnews.de
  • Wists
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

Artikel yang mungkin berkaitan

Add to Technorati Favorites

2 Responses to Kejayaan Itu Bermula Dari Angan2

Avatar

Marlinah

December 26th, 2009 at 12:20 pm

Salam, saya nak tanya adakah biz NDlalanetworking ni ada persamaan dgn biz ads4bucks?

Avatar

syima

March 10th, 2010 at 1:08 am

:-D hari2 akak berangan mcm syok sendiri jer alangkah itu ini begini begitu bestnyaaaa (Y)

Comment Form

:o) :-D :-( ;-) :-P =-O 8-) :-/ O:-) :-! >:o C:-) :-(|) O-) :@ :-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) :-* (I) (L) (8) (T) (G) (F) (*) (N) (Y) (U) (W)

Subscribe without commenting

INI SAYA

"PELUANG HANYA HADIR SEKALI SEUMUR HIDUP, REBUTLAH PELUANG YG MASIH ADA KRN MANA MNGKIN KITA BUAT KERJA YG SAMA & MENGHARAPKAN KEPUTUSAN YG BERBEZA"!!!NAK TAU HUBUNGI SAYA +6017-6043405
UsahawanNdlala on Facebook

Words Of Wisdom

    • "You're not truly free unless you're financially free"
      - Robert Kiyosaki -
      ---------------------------------------------
    • "Profits are better than wages. Wages will make you a living, profits can make you a fortune"
      ---------------------------------------------
    • "Hidup bukanlah untuk duit semata- mata, tetapi untuk hidup kita memerlukan duit"
      ---------------------------------------------
    • "Kalau anda mahu sesuatu yang anda tidak pernah dapat, anda mesti lakukan apa yang anda tak pernah lakukan"
      - Unstoppable -
      ---------------------------------------------
    • "Ketika Orang Kaya Sibuk Membina Rangkaian Perniagaan Untuk Menambahkan Lagi Kekayaan mereka, Kita Masih Lagi Terdesak Mencari Pekerjaan Yang Sesuai Untuk Menyara Hidup"
      -alih bahasa Robert Kiyosaki-
      ---------------------------------------------
    • "Menurut kajian, kira- kira 98% masyarakat tidak sanggup mengeluarkan duit untuk memajukan diri, manakala cuma 2% sanggup berbuat demikian dan mereka itulah yang berjaya"
      - Dr Irfan Khairy -
      ---------------------------------------------
    • "Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang atau sepuluh tahun akan datang, adalah berdasarkan keputusan yang kita buat hari ini "
      - Dr Irfan Khairy -
      ---------------------------------------------
    • "Kejayaan akan datang bila kita memiliki keyakinan, semangat, serta stratergi yang tepat. "
      - Cikgu Amiruddin -
      ---------------------------------------------

Video Promo


ND Lala Network | eCommerce
buat $$ hari ni, dapat la hari ni.. buat $$ esok, dapat la esok.. buat $$ minggu depan, dapat la minggu depan.. buat $$ taun depan, dapat la minggu depan.. BESTNYER $$$$ MASUK HARI-HARI..
CLICK: Info | Youtube

P/s: Nantikan update seterusnya di Ndlala Network

Biz Partner (Teamwork)


    Syed Mohd Azlan Syed Amirruddin
    Address: Putrajaya | Kajang
    Tel: +6017 6043405

    Hamim Rahim
    Address: Kuala Lumpur
    Tel: +6019 3218199

    Salfina Hj Aziz
    Address: Bandar Seri Begawan, Brunei
    Tel: +673 8956709

    Hushin
    Address: Mantin Negeri Sembilan
    Tel: +6012 3451625

    Nazri Ibrahim
    Address: Skudai Johor
    Tel: +6019 7994600

    Bibi Noraniza
    Address: Setapak, Kuala Lumpur
    Tel: +6012 3127315

    Hosen
    Address: Johor Bahru
    Tel: +6013 7511519

    Zura Mohd
    Address: Ukay Perdana
    Tel: +6019 6506105

    Nurdiana
    Address: Kajang
    Tel: +6013 3549113 
  • Nezwin: Saya berminat dengan bisnez ni..tp masa sy agak terhad dan modal sedikit..ble saya tau info lebih la [...]
  • zaiton: Salam, saya berminat tp x tau camana ngan modal dan cara2 utk memulai nya . boleh tolong beri penje [...]
  • jafni: salam sya nak tanya boleh x saya menyertai progrm ni?saya berminat nak menyertainya....... boleh ant [...]
  • susie: salam, saya ingin tahu bentuk tugasan macam mana yang diperlukan dalam menjana wang di ND lala netw [...]
  • abdol: salam...saya nk tau lbh lanjut ttg ang nd ni,tlg email kt saya cmne cra nk apply dgn detail sbb sy t [...]

Mentor

Statistik