In: media
3 Jul 2009
Produser dan pelakon, A Aida mengakui hakikat itu tetapi baginya, langkah berjaga-jaga seperti berjimat cermat serta mempelbagaikan cabang bisnes perlu diambil. Usah terikat dengan penerbitan filem atau drama semata-mata kerana saingannya terlalu sengit.
Sejak 2005 menerbitkan drama menerusi syarikatnya, A Aida Productions, wanita berasal dari Besut, Terengganu ini semakin faham dengan rentak tari gelanggang penerbitan.
“Mulanya saya takut juga dengan bisnes ini tetapi kerana minat saya teruskan. Pun begitu, saya mempelbagaikan cabang bisnes sebagai alternatif seperti A Aida Distributors dan saya turut serta dalam perniagaan e-dagang yang dikendalikan ND Lala.
“Sama macam mula-mula saya menyertai bisnes penerbitan ini, takut dan bimbang tetapi selepas lima bulan dengan e-dagang, saya mula senang hati apabila setiap hari akaun bank saya bertambah.
“Sebenarnya, saya menyesal tidak masuk bisnes ini sejak diperkenalkan tiga tahun lalu,” katanya yang antaranya menerbitkan telefilem Halimah Jongang dan 10 Terbakar.
Menurut isteri kepada pegawai polis ini, bisnes e-dagang tidak hanya membantu untuk menyempurnakan hidup keluarganya, malah dia teringin untuk berkongsi dengan peminat dan mereka yang berminat untuk menambah pendapatan melalui bisnes ini.
Sebenarnya kata A Aida, e-dagang walaupun dilakukan melalui Internet tetapi kepada mereka yang buta IT atau teknologi itu masih boleh melakukannya dengan jaya.
“Ramai yang menyertai e-dagang sebelum ini buta IT tetapi ND Lala sentiasa menganjurkan kursus untuk kita lebih memahami. Hubungi saya di 017-6043405 (nombor ini ditukar ke nombor alan) kalau berminat untuk menambah pendapatan dan mengubah kehidupan,” katanya.
Pada 12 Julai ini, A Aida ke di MITC Ayer Keroh, Melaka untuk Majlis Perasmian e-Dagang Bersama ND Lala yang akan dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket secara percuma dengan ALAN dengan menghubungi nombor di atas..