media: Showcase e-Dagang

In: media| ndlalagroup

6 Jul 2009

logohm media: Showcase e Dagang
Semua orang boleh cakap apa yang di akan buat, TAPI bukan semua orang boleh buat apa yang dia cakap.. Lepas kak A.Aida masuk Metro, sekarang Abg Ndlala pulak yang adakan sidang media bagi mewar²kan ‘Biz Preview’ yang bakal diadakan 12 Julai ini di Dewan MiTC Melaka. Alan tabik spring la Abg Nd. Jom baca petikan dari harian Metro Ahad 5 Julai 2009..

DALAM kegawatan ekonomi global, dunia hiburan tanah air turut tidak terkecuali menerima tempias sehingga ramai penggiat seni tempatan berdepan masalah kewangan.

Malah, beberapa produksi dan syarikat rakaman, khususnya yang menjalankan operasi secara kecil-kecilan, terpaksa gulung tikar kerana kurang mendapat tawaran kerja penerbitan.

Namun, golongan terbabit boleh menarik nafas lega jika mereka ada pendapatan sokongan seperti menyertai cabang perniagaan, apatah lagi pelbagai peluang perniagaan dibuka untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat.

Tidak dinafikan perniagaan, sama ada kecil atau besar, mesti memerlukan modal untuk dijadikan aset utama sebagai langkah pertama, tetapi itulah masalah yang sering membelenggu mereka yang mempunyai minat namun tiada modal.

Disebabkan itu, penyanyi dan pelakon yang kini bergelar jutawan, Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai ND Lala, membuka ruang perniagaan, khususnya kepada rakan artis, supaya golongan ini tidak lagi dibelenggu kesusahan.

Beliau kini membuka peluang kepada selebriti yang berminat untuk bersama-sama menjalankan perniagaan e-dagang yang disertainya beberapa tahun lalu yang terbukti membuahkan kejayaan.

Atas kecemerlangannya, penghibur yang popular dengan lagu Diari YB sedikit masa dulu ini turut dilantik sebagai rakan niaga strategik oleh Tekun Nasional yang banyak membantu usahawan dalam memulakan perniagaan.

“Ini peluang terbaik untuk mereka yang berminat menjalankan perniagaan e-dagang kerana saya mahu rakan artis seperti saya mendapat pendapatan seperti mana saya peroleh hari ini.

“Malah, saya sedia membantu daripada segi pembiayaan modal mengikut terma dan syarat, selain bantuan latihan, kursus dan bimbingan,” katanya.

Pada 12 Julai ini, ND Lala Networks menganjurkan Mini Showcase Keusahawanan Selebriti di Dewan MITC Ayer Keroh, Melaka yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan diserikan dengan persembahan artis, termasuk Shila OIAM, Khai, Rosma dan Kopratasa.

Persembahan ini terbuka kepada semua, namun mereka yang berminat perlu mendapatkan kad jemputan yang akan diberi secara percuma dengan menghubungi talian 012-3909074. Namun ia terhad kepada 1,000 tempat.

Selain itu, ND Lala turut membuka peluang kepada 100 siswazah anak negeri Melaka untuk menyertai perniagaan e-dagang. Siswazah ini bakal ditemuduga untuk memastikan mereka benar-benar menunjukkan minat dan kesungguhan dalam menjadikan perniagaan ini sebagai punca pendapatan, sekali gus mengurangkan jumlah siswazah menganggur.

Majlis yang dibuka kepada orang ramai secara percuma itu juga bakal dimeriahkan dengan persembahan oleh artis yang menyertai program itu, selain sesi bual bersama selebriti yang kini mempunyai kedudukan kewangan stabil setelah menyertai program ini.

“Ini pertama kali saya menjelajah ke sebuah negeri secara beramai-ramai dengan selebriti yang menyertai perniagaan ini memandangkan sebelum ini saya lebih banyak bergerak secara solo mempromosi e-dagang.

“Setelah mendapat respons baik, saya rasa ini jalan terbaik untuk membawa mereka yang benar-benar ingin berjaya untuk berjumpa peminat, sekali gus mempelawa mereka bersama kami dalam menjalankan perniagaan yang terbukti membawa keuntungan kepada semua,” katanya yang turut membuka cawangan ND Lala Group Centre di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.

Share and Enjoy:
  • Sphinn
  • MySpace
  • Technorati
  • Print
  • Reddit
  • Twitthis
  • MyShare
  • Netvouz
  • NuJIJ
  • PDF
  • Propeller
  • RSS
  • Segnalo
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • Upnews
  • Webnews.de
  • Wists
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

Artikel yang mungkin berkaitan

Add to Technorati Favorites

Comment Form

:o) :-D :-( ;-) :-P =-O 8-) :-/ O:-) :-! >:o C:-) :-(|) O-) :@ :-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) :-* (I) (L) (8) (T) (G) (F) (*) (N) (Y) (U) (W)

Subscribe without commenting

INI SAYA

"PELUANG HANYA HADIR SEKALI SEUMUR HIDUP, REBUTLAH PELUANG YG MASIH ADA KRN MANA MNGKIN KITA BUAT KERJA YG SAMA & MENGHARAPKAN KEPUTUSAN YG BERBEZA"!!!NAK TAU HUBUNGI SAYA +6017-6043405
UsahawanNdlala on Facebook

Words Of Wisdom

    • "You're not truly free unless you're financially free"
      - Robert Kiyosaki -
      ---------------------------------------------
    • "Profits are better than wages. Wages will make you a living, profits can make you a fortune"
      ---------------------------------------------
    • "Hidup bukanlah untuk duit semata- mata, tetapi untuk hidup kita memerlukan duit"
      ---------------------------------------------
    • "Kalau anda mahu sesuatu yang anda tidak pernah dapat, anda mesti lakukan apa yang anda tak pernah lakukan"
      - Unstoppable -
      ---------------------------------------------
    • "Ketika Orang Kaya Sibuk Membina Rangkaian Perniagaan Untuk Menambahkan Lagi Kekayaan mereka, Kita Masih Lagi Terdesak Mencari Pekerjaan Yang Sesuai Untuk Menyara Hidup"
      -alih bahasa Robert Kiyosaki-
      ---------------------------------------------
    • "Menurut kajian, kira- kira 98% masyarakat tidak sanggup mengeluarkan duit untuk memajukan diri, manakala cuma 2% sanggup berbuat demikian dan mereka itulah yang berjaya"
      - Dr Irfan Khairy -
      ---------------------------------------------
    • "Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang atau sepuluh tahun akan datang, adalah berdasarkan keputusan yang kita buat hari ini "
      - Dr Irfan Khairy -
      ---------------------------------------------
    • "Kejayaan akan datang bila kita memiliki keyakinan, semangat, serta stratergi yang tepat. "
      - Cikgu Amiruddin -
      ---------------------------------------------

Video Promo


ND Lala Network | eCommerce
buat $$ hari ni, dapat la hari ni.. buat $$ esok, dapat la esok.. buat $$ minggu depan, dapat la minggu depan.. buat $$ taun depan, dapat la minggu depan.. BESTNYER $$$$ MASUK HARI-HARI..
CLICK: Info | Youtube

P/s: Nantikan update seterusnya di Ndlala Network

Biz Partner (Teamwork)


    Syed Mohd Azlan Syed Amirruddin
    Address: Putrajaya | Kajang
    Tel: +6017 6043405

    Hamim Rahim
    Address: Kuala Lumpur
    Tel: +6019 3218199

    Salfina Hj Aziz
    Address: Bandar Seri Begawan, Brunei
    Tel: +673 8956709

    Hushin
    Address: Mantin Negeri Sembilan
    Tel: +6012 3451625

    Nazri Ibrahim
    Address: Skudai Johor
    Tel: +6019 7994600

    Bibi Noraniza
    Address: Setapak, Kuala Lumpur
    Tel: +6012 3127315

    Hosen
    Address: Johor Bahru
    Tel: +6013 7511519

    Zura Mohd
    Address: Ukay Perdana
    Tel: +6019 6506105

    Nurdiana
    Address: Kajang
    Tel: +6013 3549113
  • Nezwin: Saya berminat dengan bisnez ni..tp masa sy agak terhad dan modal sedikit..ble saya tau info lebih la [...]
  • zaiton: Salam, saya berminat tp x tau camana ngan modal dan cara2 utk memulai nya . boleh tolong beri penje [...]
  • jafni: salam sya nak tanya boleh x saya menyertai progrm ni?saya berminat nak menyertainya....... boleh ant [...]
  • susie: salam, saya ingin tahu bentuk tugasan macam mana yang diperlukan dalam menjana wang di ND lala netw [...]
  • abdol: salam...saya nk tau lbh lanjut ttg ang nd ni,tlg email kt saya cmne cra nk apply dgn detail sbb sy t [...]

Mentor

Statistik